Video UGC, talking head dan video produk dengan presenter AI realistik. Tak perlu shooting, tak perlu talent. Sedia untuk TikTok, Reels, Shorts dan YouTube, serendah RM200 per video.
Tekan mana-mana video untuk tonton dengan bunyi. Di desktop, hover untuk preview.
Syafi Naira Studio menghasilkan video pendek untuk brand, butik dan syarikat menggunakan presenter AI yang realistik dan proses edit berasaskan AI. Hasilnya video talking head dan UGC yang nampak macam dirakam guna telefon, tanpa kos talent, lokasi atau peralatan.
Saya bermula dengan video fesyen untuk butik (baju kurung, blouse, cardigan), kemudian berkembang ke tutorial, video produk dan talking head dalam Bahasa Melayu. Setiap video diolah dengan hook di saat pertama, caption, muzik dan SFX, dan boleh dihantar dalam beberapa versi supaya brand boleh uji mana satu yang paling berkesan.
Saya bekerja remote dengan klien di seluruh Malaysia. Hantar brief melalui email, dan video boleh siap seawal sehari, bergantung pada konsep.
Daripada footage mentah sampai video siap upload: hook, caption, muzik, SFX dan CTA.
Video lookbook dan produk yang nampak premium untuk butik dan brand.
Presenter AI, B-roll AI dan tutorial yang diedit sepenuhnya guna AI.
Video gaya rakaman telefon yang nampak asli, untuk review produk, testimoni dan pengumuman syarikat.
Harga telus, proses ringkas. Sesuai untuk brand kecil hingga syarikat.
Untuk video pendek 9:16 atau 16:9, sedia untuk dimuat naik.
Harga akhir bergantung pada panjang video, bilangan versi dan konsep. Revisi tambahan dikenakan caj ikut perbincangan.
Email produk, objektif, platform dan contoh video yang awak suka.
Saya cadangkan hook, skrip dan gaya video untuk awak sahkan.
Presenter AI, edit, caption, muzik dan SFX disiapkan.
Video siap dihantar, seawal 1 hari bergantung pada konsep. Termasuk 1 kali revisi sebelum versi akhir.
Tidak. Presenter dijana menggunakan AI dengan rupa, gerak dan suara yang realistik. Sebab itu tak perlu shooting, talent atau lokasi, dan kos jauh lebih rendah daripada penggambaran biasa.
Video ringkas boleh siap seawal 1 hari. Konsep yang lebih panjang atau banyak babak mungkin ambil masa lebih sedikit. Tempoh sebenar saya maklumkan bersama sebut harga.
Satu video pendek siap edit dengan presenter AI, skrip, caption, muzik dan SFX, termasuk 1 kali revisi. Harga akhir bergantung pada panjang video, bilangan versi dan kerumitan konsep.
Setiap video termasuk 1 kali revisi. Revisi tambahan boleh dibuat, dengan caj yang dipersetujui bersama ikut skop perubahan.
Boleh. Hantar maklumat produk dan objektif video, saya tuliskan skrip dan hook untuk awak sahkan dulu.
Fail MP4 1080p dalam format 9:16 (TikTok, Reels, Shorts) atau 16:9 (YouTube, website, pembentangan). Format lain boleh dibincangkan.
Bahasa Melayu adalah kepakaran utama. Bahasa Inggeris juga boleh dibincangkan ikut keperluan projek.
Boleh. Selepas bayaran penuh, video boleh digunakan untuk kegunaan komersial brand awak, termasuk iklan di media sosial.
WhatsApp atau emel saya tentang produk, objektif dan platform awak. Saya balas dengan cadangan konsep dan sebut harga.